Thursday, February 12, 2009

apa itu amal syabab ?


Shah Alam, 12/2/09.

Wawancara bersama ustaz Arifin Aziz Nurwakhid b. H.M. Busrawi
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum ) yang ditemui oleh ajk majalah sekolah SIAS pada program Tamrin Amal Syabab SIAS kali pertama 2009 di Sekolah Integrasi As-Syakirin



Ajk Majalah : As-salamualaikum ustaz
Ustaz : wa’aikumus salam

Ajk Majalah : terima kasih ustaz, kerana meluangkan masa ustaz ditengah-tengah kesibukan ustaz menguruskan ko-kurikulum.
Ustaz : sama-sama.

Ajk Majalah : boleh ustaz terangkan sejarah penubuhan Amal Syabab ?
Ustaz : Usaha mendisiplinkan pelajar pada awal tahun 2002, akhirnya mencetuskan idea bahawa pelajar perlu “diajar berkawad”. HEP ketika itu, ustaz Mohd Khir, telah menjemput Penyelaras Syabab Fatayat Sekolah Hira Batu Belah untuk membentangkan kaedah latihan dan pengurusan Pergerakan Syabab Fatayat. Dan seterusnya beliau telah melatih pelajar SIAS.
Pada masa yang sama kita ghairah membuat khemah ibadah dan mukhayyam untuk pembentukan syahsiah pelajar. Ketika itulah, tercetus idea nama amal syabab.
Tahun 2008, kita akan jadikan Amal Syabab setapak ke hadapan, berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Syabab Fatayat atau pengakap atau badan beruniform yang lain. Justeru, kita mulai memperkenalkan perkara-perkara asas Badan Beruniform iaitu perlembagaan, undang-undang, dan istilah-istilah yang lain daripada mereka.

Ajk Majalah : Amal Syabab ada pelembagaan sendiri ustaz ?
Ustaz : ada.

Ajk Majalah : bagaimana dengan undang-undang Amal Syabab, adakah seperti pengakap ?
Ustaz : kita mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang Amal Syabab berdasarkan nasihat Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman (31) ayat 13-17 iaitu ;
1. menjauhi perbuatan syirik kepada Allah
2. bersyukur kepada Allah
3. berbakti kepada ibubapa
4. taat dan hormat kepada ibubapa
5. beramal soleh
6. jujur
7. mendirikan solat
8. amar makruf
9. nahi munkar
10. sabar
11. sopan santun
12. tidak sombong

Ajk Majalah : adakah logo Amal Syabab sudah dicipta ustaz ?
Ustaz : sudah. Kita memperkenalkannya pada Mukhayyam tahun 2007 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Dan telah diubahsuai dan telah disahkan oleh Lembaga Pengarah pada awal 2008. Logo Amal Syabab diilhamkan berdasarkan kisah seorang pemuda bernama Ibrahim dalam usahanya mencari Tuhan. Kisah ini boleh dilihat dalam surah Al An’am ayat 75-79.
Mula-mula beliau menjumpai “bintang” dan berkata hadza rabbi/ ini tuhanku, dia tak puas hati kemudian bertemu “bulan” seterusnya “matahari” akhirnya Allah ta’ala mengajarnya erti tauhid / tali Allah. Ia berkata “inni wajjahtu”
Justeru, Logo Amal Syabab mengandungi empat komponen iaitu tiga lapis bintang berbucu 12, bulan sabit, matahari dan tali bersimpul. Lambang tersebut mempunyai makna sebagai berikut ;
1. Bintang : fiatun/platun dalam amal syabab yang mempunyai 12 anggota
2. Bulan : komander muda
3. Matahari : jurulatih dan komander
4. Tali : Agama Islam ( syari’at islam yang syumul )

Ajk Majalah : Ustaz boleh terangkan istiadat Amal Syabab ?
Ustaz : istiadat Amal Syabab dimulakan dengan ;
bacaan Al-Fatihah
nasyid Asma’ul Husna
Lagu Negaraku ( mengibarkan Jalur Gemilang, jika berkesempatan )
Ikrar ( arab & inggeris )
ucapan ( Ketua Fiatun / pembimbing )
Doa
Tasbih Kafarah

Ajk Majalah : bagaimana Ikrar Amal Syabab ustaz ?
Ustaz : Ahli amal syabab memberi hormat antara datu dengan lainnya menggunakan lima jari yang diluruskan. Lima jari melambangkan rukun islam yang lima. Begitu juga apabila berikrar, lima jari hendaklah lurus menandakan keyakinan dan semangatnya.

Ajk Majalah : Ikrar Amal Syabab macamana ustaz ?
Ustaz : Ikrar Amal Syabab :
radhina billahi rabba(n)
wa bil islami dina(n)
wa bi muhammadi nabiyya wa rasula(n)
wa bil qur’ani imama(n)
wa bi ka’bati qiblata(n)
wa bi mukminina ikhwana(n)

WE FREELY AND WITHOUT RESERVATION, WE ACCEPT ;
ALLAH AS OUR LORD
ISLAM AS OUR RELIGION
MUHAMMAD AS OUR PROPHET
AL-QUR’AN AS OUR GUIDE
KAABAH AS OUR DIRECTION
MUKMIN AS OUR BROTHERS

Ajk Majalah : Fia’tun itu apa ustaz ?
Ustaz :
Platun adalah satu unit kecil yang menjadi asas pembentukan formasi yang lebih besar di dalam Tentera Darat Malaysia, malahan semua pasukan tentera. Perkataan Platun berasal daripada perkataan Perancis Peloton bererti bola kecil ataupun sekumpulan orang daripada kumpulan yang lebih besar.
Amal Syabab menggunakan istilah FIA’TUN bermakna Kumpulan kecil . Berdasarkan surah al-Baqarah ayat 249 yang bermaksud : “Berapa banyak (yang pernah terjadi), fiatun/golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah dan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar". Kisah Talut dan Jalut.

Satu fi’atun mengandungi 12 orang selaras dengan 12 bucu bintang pada logo amal Syabab. Yang dipimpin oleh seorang komander muda.

Dipilih angka 12 berdasarkan ;

- kisah hawariyyun nabi Isa (surah al-ma’idah : 111-112)
- kisah mata air nabi musa (surah al-baqarah : 60)
- kisah adik beradik yusuf ( surah yusuf : 4 )
- kisah bai’ah al-aqabah nabi Muhammad tahun ke-12 kenabian

12 orang Madinah iaitu 10 orang Aus dan 2 orang khazraj.

Satu fia’tun hendaklah mengandungi ;
1 Pemimpin /Komander Muda : Tingkatan 4 atau 5
2 orang ahli daripada : Tahun 4
2 orang ahli daripada : Tahun 5
2 orang ahli daripada : Tahun 6
2 orang ahli daripada : Tingkatan 1
2 orang ahli daripada : Tingkatan 2
2 orang ahli daripada : Tingkatan 3

Ajk Majalah : ustaz boleh terangkan kemahiran dalam Amal Syabab ?
Ustaz : kita selalu dengar tentang JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Kemahiran dalam Amal Syabab meliputi ARIJES ( Akhlak, Rohani, Intelektual, Jasmani, Emosi dan Sosial ). Lebih luas dan lebih kompleks, ia mengandungi ;


- akhlak
o kemahiran mengaplikasi ilmu akhlak
o kemahiran mengaplikasi adab ketimuran
- rohani
o kemahiran mengaplikasi ilmu feqah
o kemahiran mengaplikasi ilmu tauhid
o kemahiran menjadi imam
- Intelektual
o Kemahiran menggunakan kompas
o Kemahiran menggunakan peralatan khas
o Kemahiran mengaplikasi ilmu geografi
- Jasmani
o Kemahiran pertolongan cemas
o Kemahiran asas pertahanan diri
o Kemahiran asas survivor
o Kemahiran asas serang dan bertahan
o
- emosi
o kemahiran mengenal potensi diri
o kemahiran menyesuaikan diri dengan persekitaran
- sosial
o kemahiran berpidato
o kemahiran mengendalikan majlis
o kemahiran bermasyarakat
o kemahiran bermesyuarat
o kemahiran memimpin dan dipimpin

Ajk Majalah : terima kasih ustaz atas penerangan yang panjang lebar ?
Ustaz : sama-sama.

Ajk Majalah : assalamu alaikum ?
Ustaz : wa ‘alaikumus salam.

No comments:

Post a Comment