Monday, June 15, 2009

MUSIAS VIII : Kegemilangan Khulafaur Rashidin

Badan Beruniform : AMAL SYABAB Sekolah Integrasi As-Syakirin telah mengadakan Mukhayyam SIAS [MUSIA] VIII di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul Kuala Pilah Negeri Sembilan pada 26-29 Mei 2009.

ATURCARA PROGRAM MUSIAS VIII

Selasa, 26 Mei 2009
08.00 pagi : Ahlan wa sahlan
08.30 : Solat Dhuha dan Solat Musafir
09.00 : Hijrah ath-thaniah ila Ulu Bendul
11.30 : FATHUL BENDUL dan WAZARAH
02.00 ptg : Solat Jamak Zuhur & Asar
03.30 : Aktiviti 1 : “AL-MUNAFASAH ALA AL-BARRI WA AL-BAHRI”
05.00 : istirahah
06.30 : haya ‘ala al-asya’
07.30 mlm : Solat Jamak Maghrib & Isya’ dan KULIM [kuliah lima minit]
09.00 : Aktiviti 2 : “MAJLIS TAHKIM”
12.00 : el-Quab, jiwa ragaku

Rabu, 27 Mei 2009
05.00 pagi : Qiamullail
06.00 : Solat Subuh & KULIM
07.00 : Sobahul Khair
07.30 : haya ‘ala al-futhur
09.00 : Aktiviti 3 : “TAMRIN AL-JUNDIL AL-‘AWWAL”
11.00 : Aktiviti 4 : “TAMRIN AL-JUNDIL AL-THANI”
12.30 tghr : haya ‘ala al-ghada’
01.30 ptg : Solat Jamak Zuhur & Asar dan KULIM
03.00 : Aktiviti 5 : “PERANG RIDDAH”
06.30 : haya ‘ala al-asya’
07.30 mlm : Solat Jamak Maghrib & Isya’ dan KULIM
09.00 : “PERANG JAMAL”
11.30 : Solatul Khauf
12.00 : “PERANG SIFFIN”

Khamis , 28 Mei 2009
06.00 : Solat Subuh & KULIM
07.00 : Sobahul Khair
07.30 : haya ‘ala al-futhur
09.00 : Aktiviti 6 : “XPDC JABAL ANGSI”
02.00 : Solat Jamak Zuhur & Asar di kaki gunung
07.00 : istirahah
08.00 mlm : Solat Maghrib & Isya’ dan KULIM
09.00 : Aktiviti 7 : “ISTIGHASAH AL-KUBRA”
11.30 : el-Quab, Jiwa Ragaku

Jumaat, 29 Mei 2009
06.00 : Solat Subuh & Tazkirah dan KULIM
07.00 : Sobahul Khair
09.00 : TA’AWANU ‘ALA AL-BIRRI WA AL-TAQWA
10.00 : KHITAMUHU AL-MISQ
2.00 : Bertolak ke Shah Alam

Sunday, May 3, 2009

TAMRIN AMAL SYABAB KEDUA 2009

Tamrin Amal Syabab siri kedua sesi 2009 telah dengan jayanya diadakan pada hari Khamis-Jumaat, 30 April - 1 Mei 2009 dengan tema "Pra-Mukhayyam". Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan memasak, membina gajet, mendirikan khemah, pertolongan cemas, dan lain-lain.

Konsep mukhayyam pada tahun ini ialah "kegemilangan khulafa'ur rasyhidin menjana kecemerlanga generasi muda." bertepatan dengan konsep diatas, satu ceramah khas berkenaan khulafaur rashidin diadakan pada sebelah malam dengan pembentang ustaz jemputan.
Program amal syabab kali ini juga diadakan serentak dengan program qiamullail, justeru penekanan dalam aktiviti tazkiyatun nafsi sebelah satu pertiga malam yang akhir amat dititik-beratkan. Antara programnya ialah solat tahajjud, solat taubah, solat hajat, solat witir, zikir munajat, dan doa keinsafan.
Program sebegini adalah program dwi-bulanan yang Lembaga Pengarah amat mengambil berat, sebab inilah aplikasi ilmu yang syumul yang menggunakan keseluruhan potensi pelajar daripada segi Spiritual Physical Intelektual Emotional dan Social-nya. Dan apabila terhasil satu natijah nantinya adalah menuju ke arah insan kamil. Kami faham bahawa mendidik adalah satu usaha yang berterusan, justeru kami mohon kerjasama semua pihak dalam usaha kita membina sebuah generasi muda yang syumul sebagai pewaris kepimpinan masa hadapan.
Jumpa anda di Mukhayyam.
Nota : MUSIAS VIII [Mukhayyam Sekolah Integrasi As-Syakirin] ke-8 sesi 2009 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 26-29 Mei 2009.

Wednesday, February 18, 2009

link untuk memuat turun gambar amal syabab pertama

salamun alayk

berikut ialah link bagi memuat turun gambar2 terbaru semasa tamrin Amal Syabab dijalankan.
segala info dan maklumat mengenai Tamrin Amal Syabab terbaru akan dimaklumkan kemudian
Komen dan cadangan anda amat dihargai

http://picasaweb.google.com/amalsyabab.sias/Amalsyabab#

Thursday, February 12, 2009

tamrin amal syabab 2009

TAMRIN AMAL SYABAB SIAS 2009

Muqaddimah
Pergerakan Amal Syabab As-Syakirin [Amal Syabab] adalah satu-satunya Badan Beruniform di Sekolah Integrasi AS-Syakirin yang ditubuhkan sejak tahun 2004. Sukatan Amal Syabab adalah holistik, mencakupi keperluan Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social, yang direka untuk memenuhi kehendak misi sekolah.
Antara aktivitinya ialah Latihan Amal Syabab ( Mingguan ) setiap hari Jumaat pagi minggu kedua setiap bulan. Tamrin Amal Syabab (Dwi Bulanan) setiap dua bulan sekali hari Jumaat petang ke Sabtu pagi. Dan Mukhayyam Amal Syabab (Tahunan) setahun sekali.
Perlunya diadakan Tamrin Amal Syabab kerana mendidik yang berkesan hendaklah melalui 24 jam pelajar di bawah bimbingan kita. Program yang sebeginilah yang dapat membentuk peribadi pelajar seterusnya melentur syakhsiah mereka sejak di bangku sekolah lagi.
Matlamat
“melahirkan generasi professional bertaqwa yang terampil, berkeyakinan diri dan berkepimpinan.”
Objektif
1. Mengadakan aktiviti yang holistik
2. Melatih pelajar berdikari, berkeyakinan dan berdisiplin
3. Menggilap potensi pelajar dalam bermasyarakat dan semangat kepimpinan
4. Merapatkan ukhuwah sesama pelajar dan mengeratkan silaturrahmi.
Pelaksanaan
1. Tamrin Amal Syabab Pertama : 13-14 Februari 2009
2. Tamrin Amal Syabab Kedua : 17-18 April 2009
3. Tamrin Amal Syabab Ketiga : 3-4 Julai 2009
4. Tamrin Amal Syabab Keempat : 5-6 September 2009
Sasaran
Sasaran Tamrin Amal Syabab ialah pelajar tahap dua dan menengah seramai 174 pelajar dengan pecahan seperti di bawah ;
JUMLAH PELAJAR SEK RENDAH ………… L=49 P=31 JUMLAH = 80
JUMLAH PELAJAR SEK MEN ……………….. L=57 P=37 JUMLAH = 94
JUMLAH PELAJAR SIAS ………………………. L= 106 P=68 JUMLAH = 174 pelajar
Guru pembimbing
Semua guru akan dibahagikan kepada empat bahagian.
Penceramah Jemputan
Bagi memberi impak yang maksima, penceramah yang berkelayakan dan berpengalaman akan dijemput bagi memberi suntikan semangat pelajar.
Penutup
Semoga usaha kita dalam mendidik pelajar di dalam dan di luar kelas akan membuahkan kejayaan. Kita sedar kejayaan tidak dapat diukur serta merta selepas program. Justeru kita berharap kejayaan ini merupakan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Disediakan oleh GPK Ko-Ku 09
TENTATIF AMAL SYABAB

Hari pertama : JUMAAT

04.50 ptg : Solat Asar
05.00 ptg : Slot pertama
06.30 ptg : makan malam
07.00 mlm : persediaan diri
07.30 mlm : solat maghrib
08.00 mlm : bacaan al-makthurat
08.30 mlm : solat isya
09.00 mlm : Slot kedua
10.30 mlm : supper
11.00 mlm : Doa tidur
11.30 mlm : Terlena di pembaringan

Hari Kedua : SABTU

05.00 pg : qiyamullail
06.10 pg : solat subuh & tazkirah
07.00 pg : persiapan diri
07.30 pg :sarapan
08.00 pg ; solat dhuha
08.30 pg : slot ketiga
10.30 pg : rehat pagi
11.00 pg : muhasabah
12.00 tgh ; makan tengahari
01.30 ptg : solat zuhur & bersurai

apa itu amal syabab ?


Shah Alam, 12/2/09.

Wawancara bersama ustaz Arifin Aziz Nurwakhid b. H.M. Busrawi
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum ) yang ditemui oleh ajk majalah sekolah SIAS pada program Tamrin Amal Syabab SIAS kali pertama 2009 di Sekolah Integrasi As-Syakirin



Ajk Majalah : As-salamualaikum ustaz
Ustaz : wa’aikumus salam

Ajk Majalah : terima kasih ustaz, kerana meluangkan masa ustaz ditengah-tengah kesibukan ustaz menguruskan ko-kurikulum.
Ustaz : sama-sama.

Ajk Majalah : boleh ustaz terangkan sejarah penubuhan Amal Syabab ?
Ustaz : Usaha mendisiplinkan pelajar pada awal tahun 2002, akhirnya mencetuskan idea bahawa pelajar perlu “diajar berkawad”. HEP ketika itu, ustaz Mohd Khir, telah menjemput Penyelaras Syabab Fatayat Sekolah Hira Batu Belah untuk membentangkan kaedah latihan dan pengurusan Pergerakan Syabab Fatayat. Dan seterusnya beliau telah melatih pelajar SIAS.
Pada masa yang sama kita ghairah membuat khemah ibadah dan mukhayyam untuk pembentukan syahsiah pelajar. Ketika itulah, tercetus idea nama amal syabab.
Tahun 2008, kita akan jadikan Amal Syabab setapak ke hadapan, berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Syabab Fatayat atau pengakap atau badan beruniform yang lain. Justeru, kita mulai memperkenalkan perkara-perkara asas Badan Beruniform iaitu perlembagaan, undang-undang, dan istilah-istilah yang lain daripada mereka.

Ajk Majalah : Amal Syabab ada pelembagaan sendiri ustaz ?
Ustaz : ada.

Ajk Majalah : bagaimana dengan undang-undang Amal Syabab, adakah seperti pengakap ?
Ustaz : kita mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang Amal Syabab berdasarkan nasihat Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman (31) ayat 13-17 iaitu ;
1. menjauhi perbuatan syirik kepada Allah
2. bersyukur kepada Allah
3. berbakti kepada ibubapa
4. taat dan hormat kepada ibubapa
5. beramal soleh
6. jujur
7. mendirikan solat
8. amar makruf
9. nahi munkar
10. sabar
11. sopan santun
12. tidak sombong

Ajk Majalah : adakah logo Amal Syabab sudah dicipta ustaz ?
Ustaz : sudah. Kita memperkenalkannya pada Mukhayyam tahun 2007 di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Dan telah diubahsuai dan telah disahkan oleh Lembaga Pengarah pada awal 2008. Logo Amal Syabab diilhamkan berdasarkan kisah seorang pemuda bernama Ibrahim dalam usahanya mencari Tuhan. Kisah ini boleh dilihat dalam surah Al An’am ayat 75-79.
Mula-mula beliau menjumpai “bintang” dan berkata hadza rabbi/ ini tuhanku, dia tak puas hati kemudian bertemu “bulan” seterusnya “matahari” akhirnya Allah ta’ala mengajarnya erti tauhid / tali Allah. Ia berkata “inni wajjahtu”
Justeru, Logo Amal Syabab mengandungi empat komponen iaitu tiga lapis bintang berbucu 12, bulan sabit, matahari dan tali bersimpul. Lambang tersebut mempunyai makna sebagai berikut ;
1. Bintang : fiatun/platun dalam amal syabab yang mempunyai 12 anggota
2. Bulan : komander muda
3. Matahari : jurulatih dan komander
4. Tali : Agama Islam ( syari’at islam yang syumul )

Ajk Majalah : Ustaz boleh terangkan istiadat Amal Syabab ?
Ustaz : istiadat Amal Syabab dimulakan dengan ;
bacaan Al-Fatihah
nasyid Asma’ul Husna
Lagu Negaraku ( mengibarkan Jalur Gemilang, jika berkesempatan )
Ikrar ( arab & inggeris )
ucapan ( Ketua Fiatun / pembimbing )
Doa
Tasbih Kafarah

Ajk Majalah : bagaimana Ikrar Amal Syabab ustaz ?
Ustaz : Ahli amal syabab memberi hormat antara datu dengan lainnya menggunakan lima jari yang diluruskan. Lima jari melambangkan rukun islam yang lima. Begitu juga apabila berikrar, lima jari hendaklah lurus menandakan keyakinan dan semangatnya.

Ajk Majalah : Ikrar Amal Syabab macamana ustaz ?
Ustaz : Ikrar Amal Syabab :
radhina billahi rabba(n)
wa bil islami dina(n)
wa bi muhammadi nabiyya wa rasula(n)
wa bil qur’ani imama(n)
wa bi ka’bati qiblata(n)
wa bi mukminina ikhwana(n)

WE FREELY AND WITHOUT RESERVATION, WE ACCEPT ;
ALLAH AS OUR LORD
ISLAM AS OUR RELIGION
MUHAMMAD AS OUR PROPHET
AL-QUR’AN AS OUR GUIDE
KAABAH AS OUR DIRECTION
MUKMIN AS OUR BROTHERS

Ajk Majalah : Fia’tun itu apa ustaz ?
Ustaz :
Platun adalah satu unit kecil yang menjadi asas pembentukan formasi yang lebih besar di dalam Tentera Darat Malaysia, malahan semua pasukan tentera. Perkataan Platun berasal daripada perkataan Perancis Peloton bererti bola kecil ataupun sekumpulan orang daripada kumpulan yang lebih besar.
Amal Syabab menggunakan istilah FIA’TUN bermakna Kumpulan kecil . Berdasarkan surah al-Baqarah ayat 249 yang bermaksud : “Berapa banyak (yang pernah terjadi), fiatun/golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah dan Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar". Kisah Talut dan Jalut.

Satu fi’atun mengandungi 12 orang selaras dengan 12 bucu bintang pada logo amal Syabab. Yang dipimpin oleh seorang komander muda.

Dipilih angka 12 berdasarkan ;

- kisah hawariyyun nabi Isa (surah al-ma’idah : 111-112)
- kisah mata air nabi musa (surah al-baqarah : 60)
- kisah adik beradik yusuf ( surah yusuf : 4 )
- kisah bai’ah al-aqabah nabi Muhammad tahun ke-12 kenabian

12 orang Madinah iaitu 10 orang Aus dan 2 orang khazraj.

Satu fia’tun hendaklah mengandungi ;
1 Pemimpin /Komander Muda : Tingkatan 4 atau 5
2 orang ahli daripada : Tahun 4
2 orang ahli daripada : Tahun 5
2 orang ahli daripada : Tahun 6
2 orang ahli daripada : Tingkatan 1
2 orang ahli daripada : Tingkatan 2
2 orang ahli daripada : Tingkatan 3

Ajk Majalah : ustaz boleh terangkan kemahiran dalam Amal Syabab ?
Ustaz : kita selalu dengar tentang JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Kemahiran dalam Amal Syabab meliputi ARIJES ( Akhlak, Rohani, Intelektual, Jasmani, Emosi dan Sosial ). Lebih luas dan lebih kompleks, ia mengandungi ;


- akhlak
o kemahiran mengaplikasi ilmu akhlak
o kemahiran mengaplikasi adab ketimuran
- rohani
o kemahiran mengaplikasi ilmu feqah
o kemahiran mengaplikasi ilmu tauhid
o kemahiran menjadi imam
- Intelektual
o Kemahiran menggunakan kompas
o Kemahiran menggunakan peralatan khas
o Kemahiran mengaplikasi ilmu geografi
- Jasmani
o Kemahiran pertolongan cemas
o Kemahiran asas pertahanan diri
o Kemahiran asas survivor
o Kemahiran asas serang dan bertahan
o
- emosi
o kemahiran mengenal potensi diri
o kemahiran menyesuaikan diri dengan persekitaran
- sosial
o kemahiran berpidato
o kemahiran mengendalikan majlis
o kemahiran bermasyarakat
o kemahiran bermesyuarat
o kemahiran memimpin dan dipimpin

Ajk Majalah : terima kasih ustaz atas penerangan yang panjang lebar ?
Ustaz : sama-sama.

Ajk Majalah : assalamu alaikum ?
Ustaz : wa ‘alaikumus salam.